Wednesday, November 18, 2009

UTHM Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Hari ni ada lagi kunjungan pelawat dari UTHM, Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Pesertanya terdiri dari pelajar2 dari beberapa Politeknik yg menjalankan latihan praktikal, dan juga staff2 Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTHM. Tiada pelajar2 UTHM sbb depa semua dah bercuti semesta.


Menumpukan sepenuh perhatian mendengar penerangan bagaimana elektrik dihasilkan.
Depa ni faham ke idak?.... entah...pakcik pun tak tau.


Pelawat lelaki.
Brader berkopiah dan yg pakai jaket hitam tu byk tanya soklan. Seronok pakcik bila byk kena tanya....maknanya mereka berminat dan menumpukan perhatian, dan juga mempunyai sikap ingin tahu.


Makan time.
Seperti biasa....makan2 sambil berposing.


Sessi fotografi.
Dah jadi satu kebiasaan pulak bergambar kat lokasi ni.


Kenang-kenangan.


Cenderahati dari UTHM.
Terima kasih UTHM.



Thursday, November 12, 2009

Kolej Kemahiran Belia Negara, Ayer Baloi, Pontian



Hari ni pakcik ada pelawat dari Kolej Kemahiran Belia Negara, Ayer Baloi, Pontian. (Nota: Dulu dikenali sebagai Institut Kemahiran Belia Negara, IKBN). Ni merupakan trip kedua dari KKBN. Trip pertama, kalau tak silap pakcik, tahun lepas...masa pakcik baru je join training department.

Pakcik ingat dia orang tak jadi datang sebab tengahari tadi hujan lebat sesangat kat tempat keje. Janji nak datang pukul 2 ptg. Tapi, alhamdulillah, dah dekat pukul 2 cam tu, hujan dan mula reda.

Seperti biasa, ucapan alu-aluan dari bos pakcik.

Bos sedang menjawab soalan yg diajukan pelawat.

Asyik mendengar taklimat. Faham ke tu? Harap2 faham, kalau tak....tak bebaloi pakcik cakap sampai berbuih mulut...hehehe.

Belia berwawasan.

Seperti biasa juga...makan-makan. Itu mustilah.!!! Kami memang menyediakan refreshment untuk pelawat sebagai meraikan mereka.

Tenaga pengajar KKBN, Ayer Baloi, Pontian.

Posing. Kumbang punya la banyak, bunga sekuntum ajer..!!!

One for the album sebelum berangkat balik.
Nota: Belakang dua bijik tu kita orang punya Coal Unloader






Wednesday, November 4, 2009

Sek Men Taman Impian Emas, Skudai



First time dapat pelawat budak sekolah. Tingkatan 1 & 2 dari Sek Men Taman Impian Emas, Skudai. Dalam banyak-banyak pelawat, dia orang ni la yang paling bising. Maklumlah budak-budak. Tension jugak pakcik...kita dok cakap kat depan, dia orang kat belakang pun cakap jugak, siap main-main lagi. Pakcik tak sampaipun sejam depan dia orang, dah tension. Bayangkanlah cikgu-cikgu dia orang yang mengadap dia orang tiap-tiap hari. So...kepada cikgu-cikgu di luar sana...pakcik salute you all.

Bos sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Makan time.
Biasanya refreshment memang kami sediakan untuk para pelawat sebagai tanda penghargaan kerana sudi datang ke tempat kami.

Makan lagi....

dan lagi.....

dan lagi.....

dan lagi.

Plak sebagai kenang-kenangan.
Nota: Pen tu pakcik punya...saje jadikan hiasan, biar cantik sikit

Terima kasih.



Cenderahati



Antara cenderahati yang diterima dari pelawat.
Terima kasih.

Cenderahati dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM Skudai.

Nota: Ni lawatan yg entah keberapa kali dari UTM, tak pasti...kena check rekod. Tapi yg pakcik ingat lawatan ini diketuai oleh Prof. Puan Hayati.

Cenderahati dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam.

Nota: Jauh tu dari Shah Alam, Selangor. Mereka siap bermalam di Hotel Pontian lagi. Terima kasih kerana sanggup datang dari jauh untuk melawat tempat kerja pakcik.

Sebenarnya banyak lagi cenderahati-cenderahati yang dihadiahkan oleh pelawat-pelawat. Namun semuanya telah diserahkan kepada pihak admin untuk disimpan dengan lebih teratur.



Tuesday, November 3, 2009

UTHM



Lawatan dari student UTHM Fakulti Pengajian Teknikal. Dia orang ni semua bakal jadi cikgu yang akan mengajar di sekolah-sekolah teknik.

En Hasbullah, wakil pelajar, sedang bertanyakan sesuatu.

Menikmati jamuan ringan sambil terus berbincang.

Nak makan ke nak berposing? Biasa la kita ni, pantang nampak kemera, ye tak?

Gambar beramai-ramai selepas tamat plant tour.

Girls....

And boys.....




Maka Bermula


Ok...tak ada specific tujuan sebenarnya kenapa pakcik buat blog ini. Saja suka-suka kot?

Pakcik bertugas sebagai seorang trainer di sebuah loji janakuasa di selatan tanahair. Bukannya bagus sangat pun, tapi kalau nak cakap pasal macam mana nak generate electricity...insya Allah, pakcik boleh la nak cerita sikit-sikit. Nak cerita detail, kena la tanya engineer. Pakcik sekadar kerja 'engine near'.

Selain train staff-staff sendiri, kadang-kadang pakcik ada jugak buat briefing untuk pelawat-pelawat yang datang mengunjungi tempat kerja pakcik. So...itulah...pakcik ingat pakcik nak 'simpan' sesuatu yang boleh pakcik jadikan 'rekod' atau kenangan takkala bersama dengan pelawat-pelawat ini.

Tapi...tulah...masalah problemnya pakcik tak pandai nak bercerita berjela-jela. So, pakcik ingat nak upload gambar-gambar sahaja. Ok kot?